Kod Etika
KOD ETIKA USAHAWAN
1) MENGAMALKAN BUDAYA MEMBAYAR MAKANAN SENDIRI
Budaya membayar makanan sendiri telah lama diamalkan syarikat multinasional dan usahawan cina. Budaya ini bertujuan mewujudkan usahawan OTAI-POS bertanggungjawab dan berbudaya positif serta mengelakkan bebanan kos kepada usahawan Biorich yang hendak membina komuniti.
2) MENDAFTAR PELANGGAN SEBAGAI VVIP & AKTIFKAN SENDIRI
Usahawan OTAI-POS dinasihatkan belajar dan membuat pendaftaran dan pengaktifan pelanggan VVIP sendiri tanpa mengharapkan senior/junior. Ini bertujuan mengelakkan manipulasi, kesilapan promoter, kecurian junior dan mempercepatkan proses berdikari usahawan OTAI-POS.
3) HADIAH & TRANSAKSI E-WALLET
Usahawan Biorich digalakkan menguruskan hadiah dan tuntutan E-Wallet secara sendiri atau terus berurusan dengan Ibu Pejabat Biorich tanpa melalui senior/junior.
4) PRODUK & KELAYAKAN HADIAH BULANAN OTAI POS
Usahawan OTAI-POS digalakkan menguruskan hadiah dan tuntutan E-Wallet secara sendiri atau terus berurusan dengan Ibu Pejabat OTAI-POS tanpa melalui senior/junior.
5) BAWA PROSPEK PELANGGAN KE OTAI POS HQ @ PJL OTAI POS
Semua usahawan OTAI-POS diminta untuk belajar membeli produk dan kelayakan hadiah secara online. Berhubung secara terus kepada syarikat OTAI-POS untuk bantuan dan tidak mengharapkan senior sahaja.
6) HAK ASAS SETIAP USAHAWAN YANG MENGENALKAN & YANG DIKENALKAN
Setiap rakan usahawan (pengenal & rakan yang dikenalkan) adalah bertanggungjawab membantu & saling tolong menolong terutamanya dalam hal-hal bisnes (asas pengurusan bisnes) Biorich. Usahawan pengenal adalah bertanggungjawab membantu rakan-rakan yang dikenalkan sehingga balik modal iaitu minimum 1 id mengenalkan 2 rakan atau lebih supaya masing- masing balik modal. Rakan Usahawan yang dikenalkan adalah bertangggungjawab mengenalkan rakan-rakan atau kenalnya sendiri dan pergi bertemu rakan tersebut dengan ditemani oleh rakan-rakan yang mengenalkan (para Usahawan pengenal). Anda berani mengajak mereka menjadi Usahawan, maka anda mestilah berani membantu mereka. Sekiranya pengenal gagal melaksanakan tanggungjawabnya & rakan usahawan yang dikenalkan merasakan tidak dibantu sewajarnya sebagaimana janji-janji yang ditaburkanu ketika membantu memujuk supaya rakan tersebut menyertai Biorich, maka rakan tersebut mempunyai hak untuk membuat keputusan mencari rakan Usahawan yang lain yang sanggup membantu dengan kebenaran pihak syarikat Biorich (bergantung kepada hasil siasatan & sebab-sebab yang difikiran wajar), demi menjaga hak setiap Usahawan untuk berjaya. Walaubagaimanapun segala pertimbangan oleh Biorich mestilah berdasarkan keadilan yang sewajarnya bagi kedua-dua belah pihak.
7) PROFESIONALISME & BATAS PERIBADI SESAMA USAHAWAN OTAI POS
Jangan memburukkan sesama rakan usahawan OTAI-POS dan tidak mencampuri urusan peribadi sesama pelanggan. Berbincang secara terus dengan pihak OTAI-POS jika menghadapi masalah untuk kepentingan semua pihak.
8) PENGIKLANAN & PROMOSI SELAIN BIORICH
Dilarang melakukan pengiklanan perniagaan lain di dalam premis OTAI-POS @ ketika program OTAI-POS dijalankan. Hormati etika perniagaan yang ditetapkan oleh syarikat. Komuniti Usahawan Biorich dilarang memujuk rakan-rakan Usahawan dari Team lain untuk berpindah ke dalam teamnya dengan pelbagi janji dan alasan. Tindakan sebegini adalah satu kesalahan. Pihak Biorich akan mengambil tindakan sewajarnya seperti membatalkan status vvip sebagi Usahawan atau lain-lain tindakan yang difikirkan wajar. Komuniti Usahawan Biorich juga dilarang mengajak rakan-rakan Usahawan Biorich untuk menyertai Bisnes Networking di syarikat lain. Tindakan ini akan menyebabkan berlakunya perpecahan di dalam teamwork dan rasa tidak puashati dikalangan Komuniti Usahawan. Sekiranya terdapat aduan rasmi dan bukti, pihak Biorich akan mengambil tindakan sewajarnya seperti membatalkan status VVIP Usahawan tersebut atau apa-apa tindakan yang wajar demi menjaga kepentingan keseluruhan Komuniti Usahawan Biorich.
9) KOMUNITI & JUNIOR BIORICH
Jangan cantas, mencuri @ memanipulasi komuniti pelanggan lain dengan memindahkan mereka ke dalam komuniti kita. Dilarang memburukkan komuniti lain. Semua pelanggan berpeluang menikmati hadiah di OTAI-POS jika menepati syarat. Saling bantu-membantu sesama pelanggan OTAI-POS dan hormat menghormati walau berlainan komuniti.
10) PROGRAM & DEMO OTAI POS
Digalakkan hanya menyediakan air kosong/mineral. Bertujuan untuk fokus kepada penerangan hadiah dan produk OTAI-POS. Tidak membebankan pihak penganjur. Menggalakkan usahawan OTAI-POS lain untuk anjurkan program di tempat sendiri tanpa risau beban kos sediakan hidangan.
11) HADIAH KONSULTAN 25% PROMOTER
Usahawan OTAI-POS yang membantu bukan Promoter untuk memromosi disarankan mengambil Hadiah Konsultan sebanyak 25% dari Hadiah Promoter. Bertujuan untuk kesaksamaan dan keadilan di atas usaha yang dilakukan. Ini juga akan membuatkan pelanggan-pelanggan Biorich berdikari dan membuat promoter sendiri.
DISAHKAN OLEH :-
ISHAK BIN BASIRAN BA HONS ENG
CEO/PAA OTAI POS MARKETING
CEO/PAA OTAI POS MARKETING









